Header Ads

Jumlah pengguna Facebook mencecah 1.6 bilion



logo fb google whatapps pininterest skype twitter

Tahun 2015 merupakan tahun gemilang untuk dunia “tech”. 

Perkembangan drastik untuk syarikat berasaskan teknologi terutamanya  bagi yang berkaitan dengan media sosial . 

Interaksi maya boleh berlaku dimana sahaja anda berada.


jumlah pengguna facebook youtube twitter google



Tahun 2016 baru sahaja berakhir. Berdasarkan Digital Media Sapien, agensi kajian pasaran media sosial yamg bertapak di Dubai, jumlah pengguna tahun ini semakin bertambah secara ketara dan kewujudan  media sosial berkonsepkan baru.

Facebook masih mendahului jumlah keseluruhan pengguna sebanyak 1.6 bilion orang


Prestasi YouTube yang dimiliki oleh Google turut membanggakan apabila berjaya mendapat tempat kedua sebanyak 1 bilion orang.


Beberapa fakta penting bagi media social tahun 2016 :


1.   Berdasarkan Statistica, jumlah pengguna akan meningkat sehingga 2.5 bilion orang pada tahun 2018


2.   Berdasarkan Pew Research Center, 90% daripada pengguna orang dewasa terdiri daripada pengguna berumur 18 hingga 29 tahun.


3.     Kajian telah dilaksanakan oleh Mary Meeker mengenai peratus kepentingan media sosial terhadap generasi remaja dan dewasa muda. Berikut adalah hasil keputusan:


Instagram (39%) Twitter (24%)
Facebook (14%) Snapchat (13%)
Tumbler (4%)

4.     Kajian Link Humans  telah menyatakan setiap individu memiliki 5 akaun media sosial. Sosial media juga menjadi tempat rujukan untuk memperoleh maklumat dan berita bagi negara-negaran baru membangun


5.     Kajian telah dijalankan oleh Media post bagi melihat kemahuan pemilik syarikat sosial media untuk melakukan lebih banyak pelaburan. Berikut adalah hasil keputusan.



Instagram (72%) Facebook (61%)
Pinterest (41%) Snapchat (36%)
Amazon (34%)


6.     Berdasarkan kajian We Are Social Media, 71% wanita aktif di sosial media manakala 62% untuk lelaki. Selain itu, terdapat 189 juta pengguna Facebook hanya menggunakan telefon bimbit

.
kadar populasi pengguna interna mobile media sosial

Statistik menunjukkan kebergantungan pengguna terhadap media sosial adalah sangat tinggi.
 

Peningkatan jumlah pengguna secara drastik menjadikan medium pengiklanan menggunakan media sosial adalah lebih menyeluruh.

Medium pengiklanan media sosial amat sesuai digunakan bagi memperkenalan sesuatu produk dan bakal menggantikan pengiklanan konvensional menggunakan tv suatu hari nanti.

Tiada ulasan