Header Ads

Harga Snapchat melambung tinggi dan kini bernilai $28 bilion



Harga saham syarikat Snap Inc telah naik melambung sehingga 44 % pada hari kedua dibuka di pasaran sahan NYSE .

Syarikat induk yang merupakan pemilik kepada aplikasi kamera popular, Snapchat, telah  memfailkan IPO pada awal bulan Februari 2017. 

Jangkaan awal hanya menjangkakan syarikat yang akan bernilai $ 20 hingga $ 25 bilion.  

Walaubagaimanapun,  harga Snap telah dibuka tinggi pada $ 24 bilion daripada harga Tawaran Awam Awal (IPO) sebanyak $ 17 sesaham, semalam. 

Saham ditutup pada $ 24,48, peningkatan 44%, memberikan syarikat itu nilai pasaran kira-kira $ 28 bilion

Pada 18 May 2012, Facebook telah meraih $16 bilion dengan harga $38 seunit hari pembukaan dan mencatatkan dalam sejarah IPO teknologi terbesar dalam sejarah US.

Kini,  harga Facebook $137 seunit dengan kenaikan 270% dalam tempoh 5 tahun menjadikan nilai Facebook $ 325 bilion pada hari ini. 

Facebook merupakan pesaing utama Snapchat dan pelopor utama dalam pembangun media sosial yang turut memiliki Istagram dengan harga $1 bilion dan Whatapps dengan harga $19 bilion pada 2014.

Adakah Snap Inc mampu untuk bersaing dengan pesaing utama, Facebook yang seakan-seakan meningkatkan perang media sosial dengan menambah feature sedia ada Snapchat iaitu Stories ke dalam Facebook,  Istagram dan Whatapps.

Tiada ulasan